Nuffnang Ads

Ahad, 23 Ogos 2015

Bola Sepak : Kedah Juara Liga Premier 2015

Pasukan Kedah atau nama gelaran pasukan Helang Merah berjaya merangkul kejuaraan Liga Premier 2015 apabila berjaya menamatkan aksi dengan kemenangan bergaya 5-1 ke atas pasukan DRB Hicom FC sekaligus unggul dengan mengutip 48 mata meninggalkan pencabar terdekat pasukan Pulau Pinang dengan 3 mata. Kejayaan ini sekaligus membawa pasukan Kedah di bawah bimbingan Ketua Jurulatih tempatan, Tan Cheng Hoe kembali ke saingan Liga Super 2016 akan datang bersama pasukan naib juara Liga Premier 2015 iaitu Pulau Pinang.

Kejayaan ini nyata amat manis dan berharaga buat pasukan Kedah bermula daripada pihak pengurusan hinggalah ke peringkat penyokong-penyokong pasukan Helang Merah yang sangat mengharapkan kebangkitan pasukan kesayangan mereka. Bual Sukan percaya kejayaan ini akan menjadi pembakar semangat mereka untuk terus bersaing dalam Piala Malaysia 2015 akan datang selain bersaing dalam Liga Super 2016 dengan pasukan-pasukan elit yang lain. Tahniah diucapkan buat pasukan Kedah atas kejayaan ini dan selamat berjuang dalam saingan Piala Malaysia 2015 akan datang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa