Nuffnang Ads

Sabtu, 29 Ogos 2015

Bola Sepak : Kelantan Juara Piala Presiden 2015

Pasukan Kelantan atau The Red Warrior berjaya merangkul gelaran juara Piala Presiden 2015 apabila menundukkan saingan pasukan Pulau Pinang atau Harimau Kumbang dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan akhir yang dilangsungkan di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang semalam. Kejohanan Piala Presiden yang dikhaskan untuk pemain-pemain bawah 21 tahun ini pastinya akan melahirkan pelapis-pelapis kepada pasukan negeri selain potensi mereka boleh diketengahkan dalam pasukan negara mengikut peringkat umur pada masa akan datang. 

Pada perlawanan yang dilangsungkan semalam, pasukan Kelantan berjaya mendapatkan gol menerusi Fakhrul Zaman pada minit ke 38 sebelum disamakan oleh Amirul Syazni pada minit ke 50. Mohammad Azwan muncul wira pasukan Kelantan apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 66 permainan. Walaupun pasukan Kelantan di bawah bimbingan Mohd. Nafuzi Mahamad Zain terpaksa bermain dengan 10 orang pemain, mereka berjaya mengekang asakan demi asakan pasukan Pulau Pinang di bawah bimbingan S.Veloo untuk merangkul kejuaraan tahun ini.

Kejayaan ini merupakan kejuaraan kali ke 6 bagi pasukan muda The Red Warriors ini setelah menjuarai kejohanan pada tahun 1985, 1995, 2005, 2011 dan 2013. Bual Sukan mengucapkan tahniah kepada pasukan Piala Presiden 2015 Kelantan atas kejayaan merangkul kejuaraan tahun ini.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa