Nuffnang Ads

Isnin, 17 Ogos 2015

Bola Sepak : Kemuncak Liga Malaysia 2015

Tirai saingan Liga Super 2015 dan Liga Premier 2015 semakin menghampiri ke kemuncaknya dengan perlawanan kini berbaki 2 lagi perlawanan lagi. Dalam Liga Super 2015, perebutan kejuaraan adalah antara 2 pasukan iaitu Pahang dan Johor Darul Ta'zim FC manakala perebutan kejuaraan Liga Premier 2015 kini tertumpu kepada 3 pasukan iaitu Kedah, Pulau Pinang dan T-Team. Bual Sukan berpandangan, kesemua pasukan ini masih berpeluang muncul juara liga masing-masing dengan syarat tidak boleh lagi keciciran mata dalam baki 2 perlawanan tersebut. 

Bagi saingan kelompok bawahan pula, pasukan Sime Darby FC telah tersingkir ke saingan Liga Premier 2016 akan datang. Saingan kini tertumpu kepada pasukan ATM FA dan Sarawak dilihat masih berpeluang untuk kekal dalam saingan Liga Super 2016 akan datang. Saingan kelompok bawahan Liga Premier 2015 pula menyaksikan SPA FC telah tersingkir ke saingan Liga FAM 2016 manakala 3 pasukan yang masih bersaing menyelakkan penyingkiran ialah Kuantan FA, Kuala Lumpur dan DRB Hicom FC. Dengan baki 2 lagi perlawanan, hanya kemenangan sahaja yang dapat memberikan peluang untuk pasukan-pasukan ini terus kekal dalam saingan liga masin-masing.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa