Nuffnang Ads

Jumaat, 28 Ogos 2015

Bola Sepak : Lionel Messi Pemain Terbaik Eropah 2014/15

Pemain sensasi dari Argentina, Lionel Messi yang mewakili kelab gergasi Sepanyol, FC Barcelona berjaya merangkul gelaran Pemain Terbaik Eropah 2014/15 menewaskan pencabar terdekatnya yang juga pemain terbaik dunia 2014 dan pemenang anugerah tahun lalu, Cristiano Ronaldo dari Portugal yang mewakili kelab Real Madrid serta rakan sepasukan Luis Suarez dari Uruguay. Kejayaan Messi merangkul anugerah ini memang tidak wajar disangkal lagi kerana beliau berjaya membantu FC Barcelona merangkul gelaran treble musim lalu dengan kejuaraan Liga Sepanyol, Liga Juara-Juara Eropah serta Piala Copa del Rey Sepanyol dengan jaringan-jaringan menarik serta membantu rakan sepasukan lain menjaringkan gol untuk pasukan.

Selain itu, beliau juga berjaya membantu pasukan memenangi Piala Super Eropah 2015 menewaskan pasukan Sevilla pada 11 Ogos yang lalu. Kehebatan beliau sememangnya digeruni pihak lawan dan sememangnya amat ditagih oleh pasukan. Bual Sukan percaya beliau mampu meneruskan kecemerlangan beliau sama ada di saingan kelab mahupun saingan antarabangsa dan tidak mustahil mampu memecahkan rekod demi rekod dalam dunia bola sepak ini.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa