Nuffnang Ads

Khamis, 27 Ogos 2015

Bola Sepak : Malaysia lawan Bangladesh

Pasukan Harimau Malaya bimbingan Ketua Jurulatih, Dollah Salleh akan menghadapi perlawanan persahabatan kelas A bertemu dengan pasukan Bangladesh pada 29 Ogos 2015 di Stadium Shah Alam. Perlawanan ini merupakan medan ujian pasukan negara sebelum berdepan dengan 2 pasukan gergasi Asia iaitu UAE pada 3 September 2015 dan bertemu Arab Saudi pada 8 September 2015 dalam perlawanan Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia serta Pusingan Kelayakan AFC Piala Asia 2019 UAE. Pasukan negara sebelum ini telah mengharungi 2 perlawanan kumpulan A iaitu bertemu Timor Leste (seri 1-1) dan Palestin (tewas 0-6). Pasukan Harimau Malaya perlu memastikan kemenangan bagi mencerahkan laluan ke peringkat seterusnya.

Berdasarkan kedudukan semasa Ranking FIFA, pasukan negara kini berada di kedudukan ke 168 manakala pasukan Bangladesh berada 2 anak tangga di belakang iaitu di kedudukan ke 170 dunia. Pasukan Bangladesh atau nama gelaran mereka Bengal Tigers di bawah bimbingan Ketua Jurulatih daripada Belanda, Lodewijk de Kruif juga dalam fasa persiapan pasukan menghadapi pasukan Australia dan Jordan pastinya tidak akan memberikan laluan mudah kepada pasukan negara. Bual Sukan percaya, anak-anak buah Dollah Salleh perlu memanfaatkan aksi ini sebaik mungkin dan menggunakan segala peluang serta ruang bagi memberikan permainan terbaik. Semoga peminat Harimau Malaya akan menyaksikan kebangkitan pasukan negara dalam aksi persahabatan ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa