Nuffnang Ads

Sabtu, 29 Ogos 2015

Bola Sepak : Melaka Juara Liga FAM 2015

Pasukan Melaka atau nama gelaran mereka Hang Tuah berjaya merangkul kejuaraan Liga FAM 2015 apabila membenam cabaran pasukan Perlis atau Singa Utara dengan keputusan 3-2 dalam perlawanan akhir Liga FAM 2015 yang berlangsung di Stadium Hang Jebat Melaka. Pasukan Melaka bimbingan Ketua Jurulatih berpengalaman, Mat Zan Mat Aris yang juga juara kumpulan B sebelum ini telah mengesahkan aksi dalam saingan Liga Premier 2016 bersama-sama pasukan Perlis yang dibimbing oleh Yusri Che Lah selaku Juara Kumpulan A. Pada perlawanan yang berlangsung pada 29 Ogos 2015, Nurshamil Abdul Ghani muncul wira apabila menjaringkan hatrik untuk pasukan Melaka manakala 2 gol pasukan Perlis dijaringkan oleh Syafiq Azmi.

Kejayaan serta kemenangan ini pastinya melonjakkan semangat pasukan Melaka yang telah lama mengalami kemerosotan ekoran prestasi tidak menentu seterusnya menghadapi musim depan dengan memberikan saingan terbaik dengan 11 pasukan lain. Bual Sukan ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan pasukan Hang Tuah serta tahniah juga kepada pasukan Singa Utara atas kejayaan melangkah ke saingan Liga Premier 2016 akan datang.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa