Nuffnang Ads

Khamis, 13 Ogos 2015

Bola Sepak : Nama Gelaran Pasukan Liga Perdana Inggeris 2015/16

Sepak mula musim baru Liga Perdana Inggeris musim 2015/16 atau Barclays Premier League 2015/16 baru sahaja bermula pada 8 Ogos 2015 yang lalu. Peminat pasukan masing-masing pastinya akan memberikan sokongan padu kepada pasukan masing-masing sama ada jika pasukan mereka mencapai kegemilangan mahupun mengalami kemerosotan. Dengan musim yang panjang, setiap pasukan pastinya mempunyai perancangan terbaik bagi memastikan pasukan mereka mampu terus bersaing dalam perebutan kejuaraan musim ini. 

Penyokong pasukan masing-masing juga memainkan peranan serta watak penting dalam menaikkan semangat pasukan masing-masing dengan sokongan padu secara berterusan di mana setiap pasukan mempunyai nama gelaran yang menaikkan semangat kelab masing-masing.
Bual Sukan percaya, saingan musim ini pastinya meriah dengan sokongan padu penyokong pasukan masing-masing sama ada pasukan mereka bermain di stadium sendiri ataupun stadium lawan. Berikut adalah Nama Gelaran 20 pasukan dalam Liga Perdana Inggeris musim 2015/16 :

Arsenal : The Gunners
Aston Villa : Villians, The Villa, The Lions, The Claret, Blue Army 
Chelsea : The Blues, The Pansioners
Crystal Palace : Eagles
Everton : The Toffees, The Blues, The School of Science, The People's Club
Leicester City : The Foxes, City, Blue Army
Liverpool : The Reds
Manchester City : City, The Citizens, The Sky Blues
Manchester United : The Red Devils
Newcastle : The Magpies
Southampton : The Saints
Stoke City : The Potters
Sunderland : The Black Cats
Swansea City : The Swans, The Jacks
Tottenham : Spurs, The Lilywhites 
West Bromwich Albion : The Baggies, The Throstles, Albion
West Ham United : The Hammers, The Irons, The Academy of Football 
AFC Bournemouth : The Cherries, Boscombe
Watford : The Hornets, The Golden Boys, Yellow Army, The Orns 
Norwich City : The Canaries, Yellow, The Citizens

1 ulasan:

  1. go go go #MUGG
    my favourite team Manchester United :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa