Nuffnang Ads

Isnin, 24 Ogos 2015

Bola Sepak : Pasukan Liga Premier 2016

Musim panjang Liga Premier 2015 telahpun berakhir Jumaat lalu dengan kejayaan manis pasukan dari utara iaitu Kedah dan Pulau Pinang yang masing-masing berjaya muncul juara serta naib juara Liga Premier 2015 sekaligus bakal beraksi dalam saingan Liga Super 2016 akan datang. Saingan Liga Premier 2016 akan datang mengekalkan saingan 12 pasukan di mana Sime Darby FC yang menamatkan saingan Liga Super 2015 di tangga tercorot bakal beraksi dalam saingan Liga Premier 2016 manakala pasukan Kuala Lumpur dkekal dalam Liga Premier 2016. Pasukan ATM FA dan T-Team bakal bersaing merebut satu lagi slot pasukan ke Liga Super 2016 di mana pasukan yang tewas akan bersaing dalam Liga Premier 2016. Pasukan di tangga tercorot Liga Premier 2015, SPA FC bakal beraksi dalam saingan Liga FAM 2016 akan datang manakala 2 pasukan yang akan beraksi dalam Liga Premier 2016 adalah pasukan Juara Kumpulan A Liga FAM, Perlis serta Juara Kumpulan B Liga FAM, Melaka United.

Kejayaan pasukan Perlis dan Melaka United kembali beraksi dalam saingan Liga Premier 2016 pastinya akan merancakkan lagi saingan musim baru liga akan datang. Dengan Liga Malaysia 2016 diswastakan, setiap pasukan pastinya akan mempersiapkan pasukan masing-masing dengan menandatangani pemain-pemain baru selain mengekalkan pemain sedia ada dan mengenengahkan bakat-bakat muda pasukan masing-masing. Berikut adalah senarai 12 pasukan yang bakal bersaing dalam Liga Premier 2016 akan datang :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa