Nuffnang Ads

Ahad, 23 Ogos 2015

Bola Sepak : Pasukan Liga Super 2016

Musim panjang Liga Super 2015 telahpun melabuhkan tirainya semalam dengan kejayaan manis pasukan Johor Darul Ta'zim FC mengekalkan kejuaraan Liga Super yang mereka miliki musim lalu. Pasukan Harimau Selatan berjaya mengatasi cabaran sengit pasukan Selangor dan Pahang. Malang menimpa pasukan Pahang apabila tempat kedua yang mereka miliki dilucutkan ekoran potongan 6 mata yang dikenakan kepada pasukan Tok Gajah. Kejayaan ini pastinya menjadi pembakar semangat pasukan JDT FC untuk terus maju jaya dalam saingan bola sepak tempatan mahupun di persada Asia. 

Musim baru Liga Super 2016 pastinya akan dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak tempatan apatah lagi musim depan bakal menyaksikan penswastaan Liga Malaysia 2016. Liga Super 2016 juga menyaksikan 2 pasukan Liga Premier 2015 iaitu Kedah selaku Juara Liga Premier 2015 dan Pulau Pinang selaku naib juara Liga Premier 2015 akan sama-sama bersaing dengan 9 pasukan yang masih kekal dalam Liga Super 2016. Saingan Liga Super 2016 juga menyaksikan pasukan jemputan iaitu Singapore Lions XII tidak lagi akan beraksi dalam saingan Liga Super 2016 akan datang. Satu lagi slot pasukan yang bakal beraksi dalam saingan Liga Super 2016 bakal ditentukan dalam saingan play-off antara ATM FA (Pasukan Tangga Kesebelas Liga Super 2015) dan T-Team (Pasukan Tangga Ketiga Liga Premier 2015). Pasukan Sime Darby FC pula akan beraksi dalam saingan Liga Premier 2016 akan datang. 

Bual Sukan percaya, setiap pasukan pastinya akan membawa masuk pemain-pemain baru bagi memantapkan pasukan masing-masing bagi musim akan datang. Berikut adalah 12 pasukan yang bakal bersaing dalam saingan Liga Super 2016 akan datang :

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa