Nuffnang Ads

Isnin, 24 Ogos 2015

Bola Sepak : Penentuan Juara Liga FAM 2015

Saingan peringkat Kumpulan Liga FAM telahpun melabuhkan tirainya dengan 2 pasukan negeri iaitu Perlis dan Melaka masing-masing muncul juara bagi Kumpulan A dan Kumpulan B. Kejayaan menjuarai saingan Kumpulan melayakkan pasukan Perlis dan Melaka beraksi dalam saingan Liga Premier 2016 akan datang. Selain itu juga, kedua-dua pasukan bakal bertemu bagi menentukan pasukan yang akan muncul juara saingan Liga FAM 2015 pada 30 Ogos 2015 akan datang.

Bual Sukan percaya, kedua-dua pasukan ini pastinya akan memberikan permainan terbaik untuk menjuarai saingan Liga FAM 2015 ini. Pasukan Perlis di bawah bimbingan Yusri Che Lah manakala pasukan Melaka di bawah bimbingan Mat Zan Mat Aris pastinya mengharapkan kejayaan muncul juara Liga FAM 2015 ini. Dengan kejayaan menjuarai Liga FAM 2015 pastinya akan menjadi pembakar semangat untuk kedua-dua pasukan ini mengharungi saingan Liga Premier 2016 akan datang bersama-sama pasukan-pasukan lain. Selamat berjuang kepada pasukan Perlis dan Melaka dalam perlawanan akhir penentuan juara Liga FAM 2015.
29 Ogos 2015 (Sabtu)
Perlis lwn Melaka
(Stadium Hang Jebat Melaka)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa