Nuffnang Ads

Isnin, 10 Ogos 2015

Bola Sepak : Pengurus Pasukan Liga Perdana Inggeris 2015/16

Saingan musim baru Liga Perdana Inggeris 2015/16 atau Barclays Premier League 2015/16 telahpun bermula pada 8 Ogos 2015 yang lalu. Pengurus pasukan masing-masing kini masih lagi mencari senarai terbaik pasukan masing-masing bagi terus bersaing serta tidak keciciran mata dalam setiap aksi yang dipamerkan. Percaturan strategi serta taktikal pasukan pastinya antara yang perlu direncanakan oleh pengurus pasukan masing-masing. Dengan Jendela Perpindahan pemain yang masih dibuka, pasukan masih lagi berpeluang membawa masuk pemain-pemain berkualiti bagi memantapkan pasukan menghadapi saingan liga yang panjang. Selain itu juga, ketahanan fizikal serta mental pemain menghadapi setiap perlawanan adalah penting selain mengekalkan kecergasan pemain sepanjang musim berlangsung.
Bual Sukan percaya, setiap pengurus pasukan pastinya akan memastikan kejayaan pasukan masing-masing dengan menyenaraikan barisan pemain terbaik bagi mencapai kejayaan serta mengutip mata penting untuk terus mengekalkan momentum saingan musim ini. Selain itu, mereka juga pastinya ingin mengelakkan diri daripada dipecat oleh pasukan masing-masing. Berikut adalah senarai pengurus pasukan musim ini :

Arsenal : Arsene Wenger
Aston Villa : **Tim Sherwood Remi Garde
Chelsea : Jose Mourinho
Crystal Palace : Alan Pardew
Everton : Roberto Martinez
Leicester City : Claudio Ranieri
Liverpool : **Brandan Rogers Jurgen Klopp
Manchester City : Manuel Pallegrini
Manchester United : Louis Van Gaal
Newcastle : Steve McClaren
Southampton : Ronald Koeman
Stoke City : Mark Hughes
Sunderland : **Dick Advocaat Sam Allardyce
Swansea City : Gary Monk
Tottenham : Mauricio Pochettino
West Bromwich Albion : Tony Pulis 
West Ham United : Slaven Bilic
AFC Bournemouth : Eddie Howe
Watford : Quique Sanchez Flores
Norwich City : Alex Neil

* Kemaskini pada 4 November 2015.
** Pengurus Dipecat/Lepaskan Jawatan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa