Nuffnang Ads

Selasa, 25 Ogos 2015

Bola Sepak : Pasukan Piala Malaysia 2015

Kejohanan bola sepak berprestij negara Piala Malaysia 2015 bakal kembali mewarnai persada bola sepak tanahair. 16 pasukan akan bersaing merebut gelaran juara edisi kali ke 89 ini dengan pasukan Pahang selaku juara bertahan pastinya akan sekali lagi turun mempertahankan gelaran yang dimenangi pasukan Tok Gajah musim lalu. Dengan 14 pasukan telah mengesahkan tempat, 2 lagi pasukan bakal ditentukan malam ini dalam perlawanan playoff melibatkan pertembungan pasukan ATM FA bertemu NS Matrix manakala Sime Darby FC bertemu JDT II. 

14 pasukan yang telah melayakkan diri terdiri daripada 10 pasukan teratas Liga Super 2015 iaitu JDT FC, Pahang, Selangor, Terengganu, Felda United, PDRM FA, Singapore Lions XII, Perak, Kelantan dan Sarawak manakala 4 lagi pasukan daripada Liga Premier 2015 terdiri daripada Kedah, Pulau Pinang, TTeam dan PKNS FC). Setiap pasukan ini pastinya mempunyai kekuatan serta kelebihan masing-masing serta mampu mencabar kejuaraan musim ini.
Undian peringkat kumpulan akan diadakan pada 27 Ogos 2015 ini. Kejuaraan musim ini pastinya sengit dengan setiap pasukan pastinya bakal mempamerkan permainan terbaik bagi mencabar pasukan Tok Gajah sekaligus merangkul gelaran juara Piala Malaysia 2015 akan datang. Bual Sukan percaya, saingan kali ini bakal menyaksikan kesudahan yang dramatik serta mendebarkan semua. Selamat maju jaya kepada semua pasukan yang bakal bersaing merebut Piala Malaysia 2015 akan datang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa