Nuffnang Ads

Ahad, 23 Ogos 2015

Bola Sepak : Playoff Piala Malaysia 2015

Kejohanan berprestij Bola Sepak Malaysia, Piala Malaysia 2015 akan kembali merancakkan saingan Liga Malaysia 2015. 16 pasukan akan bersaing merebut gelaran juara musim 2015. Dengan 10 pasukan dari Liga Super 2015 dan 4 pasukan daripada Liga Premier 2015 telah melayakkan diri ke undian peringkat kumpulan, 2 lagi tiket menjadi perebutan antara 4 pasukan iaitu pasukan di tangga kesebelas dan keduabelas Liga Super ATM FA dan Sime Darby FC serta pasukan di tangga kelima dan keenam Liga Premier 2015 iaitu Johor Darul Ta'zim II (JDT II) dan pasukan Negeri Sembilan (NS Matrix).

Bual Sukan percaya keempat-empat pasukan ini mampu melayakkan diri ke pusingan undian kumpulan Piala Malaysia 2015 menyertai 14 pasukan lain yang telah mengesahkan tempat ke Piala Malaysia 2015 dengan syarat mereka mampu menjaringkan gol serta menyudahkan setiap peluang yang tercipta. Berikut adalah Jadual Perlawanan Pusingan Playoff Piala Malaysia 2015 yang dijadualkan pada 25 Ogos 2015 akan datang :

ATM FA lwn NS Matrix (3-0) - Stadium Selayang
ATM FA : Abdulafees Abdulsalam (2), Shukor Jusoh

Sime Darby FC lwn JDT II (0-1) - Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
JDT II : Shafiq Shahrudin

ATM FA & JDT II layak ke Piala Malaysia 2015.

* Kemaskini pada 25 Ogos 2015.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa