Nuffnang Ads

Ahad, 2 Ogos 2015

Bola Sepak : PSG Juara 2015 Trophée des Champions

Pasukan bimbingan Laurent Blanc, PSG berjaya merangkul kejuaraan 2015 Trophée des Champions atau Piala Super Perancis 2015 apabila berjaya menewaskan seteru utama mereka Olympique Lyon dengan keputusan 2-0. Dua gol dalam tempoh 6 minit pada separuh masa pertama oleh Serge Aurier (minit 11) dan Edinson Cavani (minit 17) sudah cukup untuk membantu pasukan PSG memenangan kejuaraan ini yang telah berlangsung di Stade Saputo, Montreal, Quebec, Kanada.

Dengan kejayaan ini, pasukan PSG pastinya akan bermotivasi untuk meneruskan dominasi Ligue 1 Perancis 2015/16 akan datang. Dengan barisan pemain sedia ada, Bual Sukan percaya pasukan PSG mampu meneruskan aksi cemerlang mereka untuk musim baru ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa