Nuffnang Ads

Selasa, 4 Ogos 2015

Bola Sepak : PSV Eindhoven Juara Johan Cruijff Schaal 2015

Juara bertahan Liga Eredivisie Belanda 2014/15, PSV Eindhoven berjaya merangkul gelaran pembuka tirai iaitu Piala Super Belanda 2015 atau Johan Cruijff Schaal 2015 apabila berjaya mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas Juara Piala KNVB 2014/15 FC Groningen dalam perlawanan yang berlangsung di Amsterdam Arena. Gol-gol pasukan bimbingan Philip Cocu ini dijaringkan oleh Luuk de Jong (2 Gol) dan Adam Maher. Kejayaan ini jelas menunjukkan bahawa pasukan PSV Eindhoven akan sekali lagi turun mempertahankan gelaran juara Liga Eredivisie Belanda 2015/16 akan datang. 

Walaupun pasukan PSV kehilangan beberapa tonggak yang berhijrah ke kelab lain, PSV dilihat masih mempunyai barisan pemain yang mantap untuk saingan akan datang. Namun begitu, saingan liga yang panjang pastinya menuntut aksi yang tinggi bagi setiap pemain. Bual Sukan mengucapkan tahniah di atas kejayaan pasukan PSV Eindhoven merangkul gelaran Johan Cruijff Schaal 2015.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa