Nuffnang Ads

Selasa, 11 Ogos 2015

Bola Sepak : Senarai Ketua Pasukan Liga Perdana Inggeris 2015/16

Musim baru Liga Perdana Inggeris atau Barclays Premier League telahpun bermula dengan setiap pasukan pastinya akan memberikan tentangan sengit kepada setiap pasukan yang mereka hadapi. Dengan musim yang panjang, saingan pastinya menarik dengan keputusan-keputusan menarik selain kemunculan bintang-bintang baru Liga Perdana Inggeris 2015/16 ini. Dengan setiap pasukan masih mempunyai masa sebelum jendela perpindahan ditutup, pastinya akan ada lagi pemain-pemain yang bakal ditandatangani bagi menguatkan pasukan masing-masing. Setiap pasukan juga pastinya telah mengenalpasti pemain yang bakal menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai Ketua Pasukan masing-masing.
Bual Sukan percaya peranan Ketua Pasukan adalah penting dalam setiap pasukan sebagai jeneral di padang serta mampu menaikkan semangat rakan sepasukan yang lain. Dengan memakai lilitan Ketua Pasukan, mereka juga pastinya akan menjadi contoh terbaik kepada rakan sepasukan. Berikut adalah senarai Ketua Pasukan Liga Perdana Inggeris 2015/16 : 

Arsenal : Mikel Arteta
Aston Villa : Micah Richards 
Chelsea : John Terry
Crystal Palace :  Mile Jedinak
Everton : Phil Jagielka
Leicester City : Wes Morgan 
Liverpool : Jordan Henderson
Manchester City : Vincent Kompany
Manchester United : Wayne Rooney
Newcastle : Fabricio Coloccini 
Southampton : Jose Fonte
Stoke City : Ryan Shawcross 
Sunderland : Lee Cattermole 
Swansea City : Ashley Williams
Tottenham : Hugo Lloris
West Bromwich Albion : Darren Fletcher
West Ham United : Kevin Nolan Mark Noble
AFC Bournemouth : Tommy Elphick 
Watford : Troy Deeney
Norwich City : Russell Martin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa