Nuffnang Ads

Rabu, 19 Ogos 2015

Bola Sepak : Senarai Pelatih Harimau Malaya

Pasukan Harimau Malaya di bawah bimbingan Ketua Jurulatih, Dollah Salleh kini akan berdepan dengan perlawanan hidup mati Kelayakan Piala Dunia 2018 Russia apabila berdepan dengan 2 gergasi Asia, UAE (3 September) dan Arab Saudi (8 September) akan datang. Namun sebelum itu, pasukan negara dijadualkan bertemu dengan pasukan Bangladesh dalam perlawanan persahabatan antarabangsa bertaraf A pada 29 Ogos 2015 akan datang. Pasukan negara pastinya ingin melupakan keputusan yang mengecewakan dalam 2 perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 Russia apabila sekadar seri 1-1 menentang Timor Leste sebelum mengalami kekalahan besar 0-6 kepada Palestin.

Bual Sukan percaya, Dollah Salleh pastinya mempunyai perancangan terbaik bagi menghadapi perlawanan tersebut selain memastikan pasukan negara mampu terus bersaing dalam Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018 Russia dan Perlawanan Pusingan Kelayakan Piala Asia 2019 UAE akan datang. Berikut adalah senarai pelatih Harimau Malaya bagi persedian perlawanan akan datang : 

PENJAGA GOL:
Zamir Selamat
Khairul Fahmi Che Mat
Khairul Azhan Khalid 

PERTAHANAN: 
Afif Amiruddin
Yong Kuong Yong
Zubir Azmi
Nazirul Naim Che Hashim
S Kunanlan
Idris Ahmad digantikan oleh Junior Eldstal
Amirizdwan Taj Tajuddin
Razman Roslan
Matthew Davis 

TENGAH
Baddrol Bakhtiar
Joseph Kalang Tie
Ahmad Syamim Yahya
Ahmad Hazwan Bakri
Safiq Rahim
Amri Yahyah
Nurridzuan Abu Hassan
Nasir Basharuddin
Wan Zack Haikal Wan Nor
Azamuddin Akil 

PENYERANG
Norshahrul Idlan Talaha digantikan oleh Faiz Subri
S Kumaahran
Syahrul Azwari Ibrahim
Nor Farhan Muhammad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa