Nuffnang Ads

Khamis, 27 Ogos 2015

Bola Sepak : Undian Piala Malaysia 2015

Kejohanan bola sepak berprestij negara, Piala Malaysia 2015 akan kembali mewarnai kancah saingan bola sepak negara. Edisi kali ini ditaja oleh Telekom Malaysia dengan logo baru. 16 pasukan akan bersaing merebut gelaran TM Piala Malaysia 2015 kali ini. Pasukan juara bertahan, Pahang atau Tok Gajah pastinya sekali lagi akan turun mempertahankan gelaran yang mereka menangi musim lalu. Namun begitu, saingan 15 pasukan lain pastinya getir dengan setiap pasukan pastinya mengimpikan kejayaan merangkul kejuaraan tertua Asia Tenggara ini. 

Bual Sukan percaya saingan tahun ini pastinya sangat mendebarkan patah lagi setiap pasukan mempunyai misi memperbaiki pencapaian  masing-masing dalam saingan kali ini. Undian TM Piala Malaysia 2015 ini diadakan pada 27 Ogos 2015 di mana 16 pasukan ini telah diundi dalam 4 kumpulan yang akan bersaing secara timbal balik. 2 pasukan teratas setiap kumpulan akan meneruskan kemaraan ke pusingan Suku Akhir TM Piala Malaysia 2015. TM Piala Malaysia 2015 akan bermula pada 11 September 2015 akan datang. Selamat berjuang kepada semua pasukan. Semoga saingan TM Piala Malaysia 2015 ini berlangsung dengan penuh semangat kesukanan setiap pasukan. Berikut adalah undian peringkat kumpulan saingan TM Piala Malaysia 2015 akan datang :
KUMPULAN A
Terengganu, Singapore Lions XII, Kedah, JDT II 

KUMPULAN B
Johor Darul Ta'zim FC, Perak, Sarawak, ATM FA

KUMPULAN C
Selangor, Felda United, Kelantan, T-Team

KUMPULAN D
Pahang, PDRM FA, Pulau Pinang, PKNS FC

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa