Nuffnang Ads

Ahad, 2 Ogos 2015

Bola Sepak : VfL Wolfsburg Juara DFL-Supercup 2015

Pasukan VfL Wolfsburg berjaya merangkul kejuaraan pembuka tirai Liga Jerman iaitu Piala Super Jerman 2015 atau DFL-Supercup 2015 apabila berjaya menewaskan Juara Bundesliga Jerman 2014/15, FC Bayern Munich dengan penentuan penalti 5-4 setelah perlawanan terikat 1-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Volkswagen Arena, Wolfsburg. FC Bayern Munich membuka tirai jaringan melalui Arjen Robben sebelum pemain gantian VfL Wolfsburg, Nicklas Bendtner muncul wira apabila menyamakan kedudukan seminit sebelum masa perlawanan tamat. Bendtner sekali lagi muncul wira pasukannya apabila berjaya menyempurnakan sepakan penalti yang membawa pasukannya merangkul kejuaraan pembuka tirai musim 2014/15 ini.

Bual Sukan percaya, kejayaan menggondol gelaran pembuka tirai ini pastinya menjadi pembakar semangat pasukan bimbingan Dieter Hecking ini untuk bersaing dengan FC Bayern Munich serta 16 pasukan lain merebut gelaran juara Bundesliga Jerman 2015/16 akan datang. FC Bayern Munich di bawah Pep Guardiola juga pastinya akan merancang strategi serta tektikal yang mantap bagi mengekalkan kejuaraan yang mereka miliki musim lalu dengan pemain-pemain baru seperti Arturo Vidal dan Douglas Costa. Peminat Bundesliga juga pastinya bakal menyaksikan saingan sengit merebut kejuaraan musim ini. Tahniah diucapkan kepada pasukan VfL Wolfsburg atas kejayaan mereka merangkul kejuaraan pembuka tirai musim 2015/16 ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa