Nuffnang Ads

Khamis, 24 September 2015

Bola Sepak : 2015/16 Football League Cup Fourth Round

Piala Liga Inggeris 2015/16 atau 2015/16 Capital One Cup telah memasuki pusingan keempat dengan 16 pasukan akan meneruskan saingan di pusingan ini menentukan 8 pasukan yang bakal meneruskan aksi di pusingan kelima atau suku akhir. Juara bertahan Chelsea adalah antara pasukan yang berjaya meneruskan kemaraan ke pusingan keempat ini. Antara kelab-kelab pilihan yang turut melangkah ke pusingan keempat ini adalah Manchester City, Arsenal, Manchester United, Liverpool dan Everton.

Bual Sukan percaya, saingan pusingan keempat ini pastinya menarik dengan setiap kelab pastinya ingin mengorak langkah lebih jauh dalam saingan Piala Liga Inggeris musim ini. Berikut adalah undian pusingan keempat Piala Liga Inggeris 2015/16 yang dijadualkan berlangsung pada penghujung Oktober 2015 akan datang :

27 Oktober 2015  
Everton lwn Norwich City
Sheffield Wednesday lwn Arsenal
Hull City lwn Leicester City
Stoke City lwn Chelsea

28 Oktober 2015
Manchester City lwn Crystal Palace
Liverpool lwn AFC Bournemouth

Manchester United lwn Middlesbrough
Southampton lwn Aston Villa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa