Nuffnang Ads

Rabu, 9 September 2015

Bola Sepak : Calon Penjaring Terbanyak TM Piala Malaysia 2015

Sepak mula Kejohanan TM Piala Malaysia 2015 akan bermula Jumaat 11 September 2015 dengan pasukan Juara Liga Super 2015, Johor Darul Ta'zim FC dijadualkan bertemu pasukan Perak di stadium keramat mereka. 16 pasukan bakal bersaing merebut kejuaraan kali ini terdiri daripada 9 pasukan negeri (Pahang, Selangor, Terengganu, Perak, Kelantan, Sarawak, Kedah, Pulau Pinang, Johor Darul Ta'zim II),  6 pasukan kelab (Johor Darul Ta'zim FC, Felda United, PDRM FA, ATM FA, TTeam, PKNS FC) serta 1 pasukan jemputan (Singapore Lions XII). 

16 pasukan ini telah dibahagikan kepada 4 kumpulan di mana pasukan yang muncul juara serta naib juara kumpulan akan meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir. Pasukan juara bertahan, Pahang atau Tok Gajah pastinya menghadapi misi sukar mempertahankan kejuaraan musim ini kerana setiap pasukan pastinya mempunyai kekutan serta kelebihan masing-masing yang boleh menyukarkan pasukan Pahang mempertahankan kejuaraan. Setiap peluang jaringan yang tercipta pastinya akan sedaya upaya dimanfaatkan oleh penggempur pasukan masing-masing bagi mencari kemenangan berharga. Tidak dinafikan, peranan penjaring gol pasukan adalah amat penting terutamanya dalam membantu pasukan mendapatkan jaringan yang diperlukan. Pada pandangan Bual Sukan, berikut adalah 10 pemain yang bakal menjadi calon penjaring terbanyak edisi TM Piala Malaysia 2015 akan datang :

Dramane Traore (PDRM FA)
Luciano Figeroa (JDT FC)
Matias Conti (Pahang)
Issey Nakajima-Ferran (Terengganu)
Charles Chad Souza (Perak)
Tomislav Busic (TTeam)
Afiq Azmi (Selangor)
Indra Putra Mahyuddin (Felda United)
Chidi Edeh (Kedah)
Nor Farhan Mohammad (Kelantan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa