Nuffnang Ads

Sabtu, 5 September 2015

Bola Sepak : Datuk Ong Kim Swee Pengendali Sementara Harimau Malaya

Pengendali Harimau Muda A atau pasukan bawah 22 tahun kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee telah diumumkan sebagai pengendali sementara pasukan Harimau Malaya menggantikan Ketua Jurulatih sebelum ini, Dollah Salleh yang telah mengumumkan peletakan jawatannya semalam. Ini merupakan kali kedua beliau dilantik selaku pengendali sementara skuad kebangsaan di mana beliau pernah dilantik sebagai pengendali sementara sebelum pelantikan Dollah Salleh sebagai Ketua Jurulatih kebangsaan pada tahun 2014.

Beliau sempat membimbing Harimau Malaya berdepan 3 perlawanan di mana pasukan negara mencatat 1 kemenangan serta 2 seri. Misi pertama beliau adalah untuk mengembalikan semula moral serta motivasi pemain pasukan negara yang nyata masih di tahap rendah ekoran kekalahan terbesar dalam sejarah bola sepak negara iaitu 0-10 kepada UAE. Perlawanan pertama beliau adalah berdepan dengan satu lagi pasukan gergasi Asia iaitu Arab Saudi pada 8 September 2015 di Stadium Shah Alam pada Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia serta Pusingan Kelayakan AFC Piala Asia 2019 UAE. Bual Sukan percaya dengan masa yang singkat ini, beliau akan menggunakan segala kepakaran serta kemahiran beliau merencanakan strategi serta taktikal berdepan Arab Saudi selain mengelakkan kekalahan yang terus memadamkan saingan pasukan Harimau Malaya.

Semoga Datuk Ong Kim Swee berjaya mengembalikan harapan penyokong-penyokong setia Harimau Malaya serta mengembalikan maruah pasukan Malaysia di pentas antarabangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa