Nuffnang Ads

Sabtu, 5 September 2015

Bola Sepak : Dollah Salleh Letak Jawatan

Ketua Jurulatih pasukan Harimau Malaya, Dollah Salleh telah mengumumkan peletakan jawatannya selaku pengendali pasukan negara ekoran kekalahan besar 0-10 kepada pasukan UAE dalam perlawanan Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia dan Pusingan Kelayakan AFC Piala Asia 2019 UAE. Kekalahan tersebut juga merupakan kekalahan terbesar pasukan Malaysia di pentas antarabangsa. Dollah Salleh mula membimbing pasukan Malaysia pada Julai 2014 menggantikan Datuk K.Rajagopal. Sebelum itu, Datuk Ong Kim Swee merupakan pengendali sementara Harimau Malaya sebelum Dollah Salleh diumumkan selaku Ketua Jurulatih.
Selaku Ketua Jurulatih Harimau Malaya, beliau berjaya mengendali pasukan negara untuk muncul naib juara Piala AFF Suzuki 2014 di mana pasukan negara tewas kepada pasukan Thailand. Berdasarkan rekod perlawanan kompetitif di bawah Dollah Salleh, pasukan negara telah mengharungi 18 perlawanan di mana 4 kemenangan, 4 seri serta 10 kekalahan telah dicatatkan sepanjang tempoh tersebut. 

Bual Sukan percaya beliau telah mencuba yang terbaik namun gagal membawa hasil yang diinginkan. Persatuan Bolasepak Malaysia atau FAM perlu melakukan rombakan bagi memastikan maruah pasukan negara yang telah tercalar dikembalikan di masa akan datang. Terima Kasih kepada Dollah Salleh atas khidmat bakti yang telah anda sumbangkan kepada pasukan Harimau Malaya. Semoga pengendali yang dilantik selepas ini mampu mengembalikan Harimau Malaya ke prestasi terbaik. Fokus kini pastinya kepada persiapan menghadapi perlawanan-perlawanan seterusnya selain usaha memperbaiki kedudukan ranking pasukan Harimau Malaya yang kini jauh terperosok ke dasar. 

6 Ogos 2014 - lwn Tajikistan (kalah 1-4)

14 September 2014 - lwn Indonesia (kalah 0-2)

20 September 2014 - lwn Kemboja (menang 4-1)

12 November 2014 - lwn Syria (kalah 0-3)

16 November 2014 - lwn Vietnam (kalah 1-3)

23 November 2014 : lwn Myanmar (seri 0-0)

26 November 2014 : lwn Thailand (kalah 2-3)

29 November 2014 : lwn Singapura (menang 3-1)

7 Disember 2014 : lwn Vietnam (kalah 1-2)

11 Disember 2014 : lwn Vietnam (menang 4-2)

17 Disember 2014 : lwn Thailand (kalah 0-2)

20 Disember 2014 : lwn Thailand (menang 3-2)

26 Mac 2015 : lwn Oman (kalah 0-6)

6 Jun 2015 : lwn Hong Kong (seri 0-0)

11 Jun 2015 : lwn Timor Leste (seri 1-1)

16 Jun 2015 : lwn Palestin (kalah 0-6)

29 Ogos 2015 : lwn Bangladesh (seri 0-0)

3 September 2015 : lwn UAE (kalah 0-10)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa