Nuffnang Ads

Selasa, 8 September 2015

Bola Sepak : Malaysia 1 - Arab Saudi 2

Keputusan semasa perlawanan Malaysia bertemu Arab Saudi adalah 1-2 di mana Safiq Rahim berjaya menjaringkan gol pada minit ke 69 manakala gol Arab Saudi dijaringkan oleh Taisser Al-Jassem pada minit ke 73 dan Mohamed Al-Sahlawi pada minit ke 76 perlawanan. Ini merupakan perlawanan pertama Ketua Jurulatih Sementara negara, Datuk Ong Kim Swee setelah mengambilalih daripada Ketua Jurulatih sebelum ini, Dollah Salleh yang telah meletakkan jawatan ekoran kekalah terbesar pasukan Harimau Malaya 0-10 kepada UAE.

Perlawanan terhenti pada minit ke 88 ekoran balingan suar asap ekoran manifestasi kemarahan segelintir penyokong Harimau Malaya terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia berikutan prestasi yang amat mengecewakan. Bual Sukan percaya, sesuatu perlu dilakukan bagi menyelamatkan maruah bola sepak Malaysia. Dengan insiden ini, tidak mustahil FAM bakal berdepan hukuman berat daripada AFC dan FIFA. Selamat Bola Sepak Malaysia... 

Kesebelasan Malaysia
Khairul Fahmi Che Mat
Matthew Davis
Razman Roslan
Fadhli Shaas
Nazirul Naim
Baddrol Bakhtiar
Safiq Rahim
Junior Eldstal
S.Kunalan (Wan Zack Haikal)
Azamuddin Akil (Ahmad Fakri Shaarani)
Amri Yahyah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa