Nuffnang Ads

Sabtu, 26 September 2015

Bola Sepak : Kerancakan TM Piala Malaysia 2015

TM Piala Malaysia 2015 telah memasuki perlawanan ketiga peringkat kumpulan dengan setiap pasukan pastinya ingin mencari bekalan yang selesa bagi mencerahkan peluang untuk melangkah ke pusingan suku akhir akan datang. Namun begitu terdapat 3 perlawanan yang terpaksa ditunda akibat perkara yang tidak dapat dielakkan. 3 perlawanan tersebut ialah :

Kumpulan A
Johor Darul Ta'zim II lwn Kedah - Ditunda ekoran masalah jerebu yang berlaku 

Kumpulan B
Sarawak lwn Johor Darul Ta'zim FC - Ditunda bagi memberikan laluan kepada JDT FC yang akan bersaing dalam Separuh Akhir Pertama Piala AFC 2015 menentang kelab Al-Qadsia (Kuwait) pada 29 September 2015.

Kumpulan D
PDRM FA lwn PKNS FC - Ditunda ekoran Stadium Shah Alam digunakan untuk Perlawanan antara Selangor lawan Felda United pada tarikh yang sama.

Bual Sukan percaya, pasukan-pasukan ini pastinya akan bersedia dengan perlawanan di tarikh yang baru dan mempersiapkan pasukan masing-masing dengan persiapan rapi bagi mengekalkan momentum saingan TM Piala Malaysia 2015 ini. Selamat Berjuang kepada semua pasukan dan kepada para peminat teruskan memberi sokongan padu kepada pasukan masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa