Nuffnang Ads

Rabu, 2 September 2015

Bola Sepak : Ketua Pasukan TM Piala Malaysia 2015

Sepak mula kejohanan TM Piala Malaysia 2015 akan bermula 11 September 2015 ini dengan setiap pasukan kini dalam fasa persiapan rapi memantapkan pasukan masing-masing selain mengembalikan kecergasan serta stamina pemain. Dengan pemain-pemain yang tercedera untuk pasukan masing-masing pastinya masih mempunyai masa untuk kembali cergas membantu pasukan masing-masing dalm kempen TM Piala Malaysia 2015 peringkat kumpulan.

16 pasukan bakal bersaing dan telah diundi dalam 4 kumpulan di mana 2 pasukan terbaik setipa kumpulan akan meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir. Antara pemain yang bakal memainkan peranan serta watak penting di atas padang adalah Ketua Pasukan. Sebagai jeneral di padang, peranan ketua pasukan tidak dinafikan adalah amat penting untuk pasukan masing-masing. Mereka merupakan antara pengaruh besar kepada rakan sepasukan selain bertindak selaku pemain contoh di padang sama ada kepada pemain sendiri mahupun pemain lawan. Berikut adalah senarai Ketua Pasukan TM Piala Malaysia 2015 akan datang :
  
KUMPULAN A
Terengganu : Ahmad Nordin Alias
Singapore Lions XII : Izwan Mahbud
Kedah : Khairul Helmi Johar 
JDT II : Shahril Ishak 

KUMPULAN B
Johor Darul Ta'zim FC : Safiq Rahim 
Perak : Nasir Basharuddin 
Sarawak : Joseph Kalang Tie
ATM FA : Hairuddin Omar 

KUMPULAN C
Selangor : Mohd Shahrol Abdul Kalam
Felda United : Shukor Adan
Kelantan : Mohd. Badhri Radzi
T-Team : Mohd. Marzuki Yusof

KUMPULAN D
Pahang : Razman Roslan
PDRM FA : Mohd. Afif Amiruddin
Pulau Pinang : Mohd. Redzuan Nawi 
PKNS FC : Shahrul Azhar Ture

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa