Nuffnang Ads

Jumaat, 4 September 2015

Bola Sepak : Malaysia 0 - UAE 10

Harapan pasukan Harimau Malaya untuk terus bersaing dalam Peringkat Kumpulan Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia dan Pusingan Kelayakan AFC Piala Asia 2019 UAE nyata semakin sukar apabila tewas serta dibelasah 10-0 oleh pasukan UAE. Pasukan Dollah Salleh nyata gagal memberikan saingan bermakna apabila dengan mudah dirobek oleh pihak lawan walaupun bermain dengan formasi 5-4-1 bertahan. Gol UAE diperolehi oleh Ahmed Khalil (4 Gol), Ali Mabkhout (3 Gol) serta masing-masing 1 gol oleh Mohanad Salem, Habib Fardan dan Mohammed Ali Ayed.
Setelah 3 perlawanan, pasukan bimbingan Dollah Salleh sekadar mengumpul 1 mata hasil daripada keputusan seri 1-1 menentang Timor Leste selain tewas 0-6 kepada Palestin. Keputusan ini nyata mengecewakan peminat-peminat Harimau Malaya yang mahu menyaksikan kebangkitan pasukan negara setelah beberapa siri perlawanan yang mengecewakan. UAE sebelum itu sekadar menang 1-0 bertemu Timor Leste pada perlawanan pertama selain juga menang tipis 1-0 dengan Myanmar pada perlawanan persahabatan pada 28 Ogos yang lalu. 

Bual Sukan percaya rombakan besar-besaran dalam semua aspek akan berlaku bagi memastikan imej bola sepak negara kembali meningkat. Dengan masa depan Ketua Jurulatih, Dollah Salleh juga menjadi tanda tanya selain Pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia yang memerlukan perubahan seperti yang diinginkan oleh penyokong-penyokong setia Harimau Malaya. Pasukan negara akan berdepan dengan Arab Saudi dalam satu lagi perlawanan pusingan kelayakan dan peminat-peminat tidak rela melihat pasukan Harimau Malaya dimalukan sekali lagi. Perubahan perlu dilakukan serta merta bagi memastikan bola sepak negara kembali meningkat.  

2 ulasan:

  1. Rasanya 10 - 0 masih boleh diperbaiki...main pun di tempat lawan...brazil pun main di tempat sendiri kena 1-7 dengan jerman...fikir positif...ada perlawanan lagi lps ni

    BalasPadam
  2. Permainan tak kemas, hantaran hancus, patut ganti jurulatih berpengalaman macam Bojan Hodak.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa