Nuffnang Ads

Jumaat, 4 September 2015

Bola Sepak : Pemain Import Pasukan TM Piala Malaysia 2015

Musim panjang Liga Super 2015 dan Liga Premier 2015 telahpun berakhir dengan kejayaan manis buat pasukan Johor Darul Ta'zim FC (JDT FC) dan pasukan Kedah menjuarai saingan liga masing-masing. Kini fokus adalah terarah kepada saingan TM Piala Malaysia 2015 yang bakal bermula pada 11 September 2015 akan datang. 16 pasukan yang bersaing kini dalam fasa persiapan pasukan masing-masing dengan menfokuskan kepada mengembalikan semula kecergasan pemain-pemain yang telah mengharungi jadual padat sepanjang Ogos lalu. Selain itu juga, pemain yang tercedera mempunyai masa untuk kembali pulih daripada kecederaan yang dialami.

Peranan pemain import setiap pasukan juga adalah amat ditagih bagi memberikan persembahan terbaik masing-masing seterusnya membantu pasukan dalam satu demi satu perlawanan yang dihadapi. Dengan setiap pasukan mempunyai kuota 4 pemain import, peranan mereka juga antara faktor penting kepada pasukan masing-masing. Bual Sukan percaya, pemain import sebenarnya perlu mempamerkan persembahan serta permainan terbaik terutamanya kepada pemain tempatan. Berikut adalah senarai pemain import 16 pasukan TM Piala Malaysia 2015 akan datang :  

KUMPULAN A
Terengganu
Vincent Bikana (Pertahanan/Cameroon)
Gustavo Lopez (Tengah/Argentina)
Issey Nakajima-Ferran (Tengah/Penyerang/Jepun)
Paolo Rangel (Penyerang/Brazil)

Singapore Lions XII
(Tiada Pemain Import)

Kedah
Bang Seung Hwan (Pertahanan/Korea Selatan)
Liridon Krisniqi (Tengah/Albania)
Sandro Mendonca (Tengah/Brazil) 
Chidi Edeh (Penyerang/Nigeria)

JDT II
Baihakki Khaizan (Pertahanan/Singapura)
Nicolas Delmonte (Pertahanan/Argentina)
Shahril Ishak (Tengah/Singapura)
Leandro Sebastian Velàzquez (Tengah/Argentina)

KUMPULAN B
Johor Darul Ta'zim FC
Marcos Antonio (Pertahanan/Brazil)
Hariss Harun (Tengah/Singapura)
Patito Rodriguez (Tengah/Argentina)
Luciano Figeroa (Penyerang/Argentina)

Perak
Thiago Junior (Pertahanan/Brazil)
Horace James (Tengah/Jamaica)
Namkung Woong (Penyerang/Korea Selatan)
Charles Chad Souza (Penyerang/Brazil)

Sarawak
Patrick Nyema Gerhardt (Pertahanan/Liberia)
Ivan Fatic (Tengah/Montenegro) 
Ryan Griffiths (Penyerang/Australia)
Billy Mehmet (Penyerang/Republik Ireland)

ATM FA
Obinha Nwaneri (Pertahanan/Nigeria)
Mario Karlovic (Tengah/Australia)
Jerry Nelson Palacios (Penyerang/Honduras)
Abdulafees Abdulsalam (Penyerang/Nigeria)

KUMPULAN C
Selangor
Robert Cornthwaite (Pertahanan/Australia)
Leandro Dos Santos Oliveira (Tengah/Brazil)
Andik Vermansyah (Tengah/Indonesia)
Guilherme De Paula Lucrecio (Penyerang/Brazil)

Felda United 
Bojan Miladinovic (Pertahanan/Serbia)
Zah Rahan Krangar (Tengah/Liberia)
Ndumba Makeche (Penyerang/Australia)
Thiago Augusto (Penyerang/Brazil)

Kelantan
Jonathan McKain (Pertahanan/Australia)
Iwuji Austin Amutu (Tengah/Penyerang/Nigeria)
Erwin Carillo (Penyerang/Colombia)
Gilmar (Penyerang/Brazil)

T-Team
Josip Milardovic (Pertahanan/Croatia)
Sadriddin Abdullaev (Tengah/Uzbekistan)
Farhod Tadjiev (Penyerang/Uzbekistan)
Tomislav Busic (Penyerang/Croatia)

KUMPULAN D
Pahang
Damion Stewart (Pertahanan/Jamaica)
Zesh Rahman (Pertahanan/Tengah/Pakistan)
Dickson Nwakaeme (Penyerang/Nigeria)
Matias Conti (Penyerang/Argentina)

PDRM FA
Jaime Braganca (Pertahanan/Portugal) 
Ali Ashfaq (Tengah/Penyerang/Maldives)
Dramane Traore (Penyerang/Mali)
Mohamadou Sumareh (Penyerang/Gambia)

Pulau Pinang
Reinaldo Rodrigues de Oliveira (Pertahanan/Brazil)
Hilton Mauro Moreira (Tengah/Penyerang/Brazil) 
Lee Gil-Hoon (Tengah/Penyerang/Korea Selatan)
Alberto Goncalves da Costa (Penyerang/Brazil)

PKNS FC
Gonzalo Sato (Pertahanan/Argentina)
Gabriel Guerra (Tengah/Penyerang/Argentina)
Patrick Ronaldinho Wleh (Penyerang/Liberia)
Pedro Henrique (Penyerang/Timor Leste)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa