Nuffnang Ads

Khamis, 17 September 2015

Bola Sepak : Pemain Tumpuan Piala Liga Europa 2015/16

Sepak mula peringkat kumpulan Piala Liga Europa 2015/16 atau UEFA Europa League 2015/16 akan bermula 17 September 2015. 48 kelab telah diundi dalam 12 Kumpulan di mana 24 pasukan yang muncul Juara dan Naib Juara Kumpulan masing-masing akan meneruskan saingan ke Pusingan 32 terbaik bersama-sama 8 pasukan yang menamatkan saingan kumpulan Liga Juara-Juara Eropah 2015/16 di tangga ketiga. Juara 2 musim berturut-turut Piala Liga Europa iaitu Sevilla kini bersaing dalam Liga Juara-Juara Eropah 2015/16 dengan naib juara musim lalu yang juga pasukan penuh kejutan Dnipro dari Ukraine akan bersaing dalam saingan kali ini.

Dengan 6 perlawanan peringkat kumpulan yang bakal ditempuhi oleh setiap pasukan iaitu 3 di gelanggang sendiri dan 3 di gelanggang lawan, Bual Sukan percaya peminat serta penyokong masing-masing bakal menyaksikan pasukan-pasukan mereka beraksi dengan bersungguh-sungguh bagi memastikan pasukan mereka mampu terus bersaing dalam Kejohanan edisi kali ini. Bual Sukan turut percaya, setiap pemain yang diturunkan akan memperagakan aksi terbaik masing-masing bagi membantu pasukan mencapai keputusan yang diingini. Berikut adalah antara Pemain Tumpuan saingan Piala Liga Europa 2015/16 :

Robin Van Persie - Fenerbahce
Cautinho - Liverpool
Marco Reus - Borussia Dortmund
Gonzalo Higuain - Napoli
Erik Lamela - Tottenham
Mario Gomez - Besiktas
Klas Jan Hunterlaar - Schalke 04
Anwar El-Ghazi - Ajax Amsterdam
Lucas Ocampos - Marseille
Felipe Anderson - Lazio
Ruslan Rotan - Dnipro
Aritz Aduriz - Athletic Bilbao

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa