Nuffnang Ads

Ahad, 27 September 2015

Bola Sepak : Selamat Berjuang JDT FC di Piala AFC 2015

Pasukan Johor Darul Ta'zim FC atau JDT FC akan membawa cabaran pasukan negara ke saingan Separuh Akhir Piala AFC 2015 menentang juara bertahan iaitu kelab Al-Qadsia dari Kuwait. Pasukan Harimau Selatan ini bakal berdepan cabaran getir pada 2 saingan separuh akhir iaitu pada 29 September 2015 untuk Separuh Akhir Pertama di Kuwait manakala pada 20 Oktober 2015 bagi Separuh Akhir Kedua di Malaysia. Walaupun berdepan cabaran sukar, Bual Sukan percaya Ketua Jurulatih JDT FC iaitu Mario Gomez mampu merencanakan sesuatu kepada pasukan JDT FC dalam saingan kali ini. Misi utama adalah mengelakkan ketewasan serta dibolosi dengan jaringan yang besar selain memanfaatkan setiap peluang dan ruang mencipta jaringan sebagai bekalan yang selesa. 

Bual Sukan percaya pasukan Harimau Selatan mampu bersaing dengan kelab gergasi Asia ini. Bual Sukan juga ingin mengucapkan selamat berjuang kepada pasukan JDT FC dalam Separuh Akhir Piala AFC 2015. Semoga berjaya mengharumkan nama Malaysia serta mencipta sejarah terbaik kelab bola sepak Malaysia. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa