Nuffnang Ads

Selasa, 15 September 2015

Bola Sepak : Separuh Akhir Piala AFC 2015

Kejohanan Piala AFC 2015 atau AFC Cup 2015 semakin menuju ke kemuncak saingan dengan 4 pasukan bakal bersaing merebut 2 tempat ke perlawanan akhir akan datang. Perlawanan separuh akhir akan diadakan secara timbal balik pada 29 dan 30 September 2015 untuk Separuh Akhir Pertama manakala 20 dan 21 Oktober 2015 untuk Separuh Akhir Kedua.

Bual Sukan percaya, setiap pasukan yang meneruskan kemaraan ke peringkat Separuh Akhir ini pastinya akan menggunakan kesempatan beraksi di gelanggang sendiri untuk mencari bekalan gol yang selesa sebelum bertandang ke gelanggang lawan. Namun begitu, setiap pasukan juga pastinya mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing untuk bersaing antara satu sama lain. Setiap pasukan juga pastinya mempunyai strategi, taktikal serta formasi masing-masing untuk bertemu lawan sama ada di gelanggang sendiri mahupun gelanggang lawan.

Berikut adalah Jadual Perlawanan Separuh Akhir bagi Piala AFC 2015 akan datang : 
SEPARUH AKHIR PERTAMA

29 September 2015
Al-Qadsia (Kuwait) lawan Johor Darul Ta'zim FC (Malaysia) 3-1
Al-Qadsia : Doris Fuakumputu, Bader Al-Mutawa, Seydouba Soumah
Johor Darul Ta'zim FC : Amri Yahyah

30 September 2015
Al-Kuwaiti (Kuwait) lawan Istiklol (Tajikistan) 4-0
Al-Kuwaiti : Vinicius Lopes (3), Hussein Al-Harbi

SEPARUH AKHIR KEDUA

20 Oktober 2015
Johor Darul Ta'zim FC (Malaysia) lawan Al-Qadsia (Kuwait)

21 Oktober 2015
Istiklol (Tajikistan) lawan Al-Kuwaiti (Kuwait)

* Kemaskini pada 2 Oktober 2015.

3 ulasan:

  1. Tahniah JDT layak ke semi final AFC Cup 2015

    BalasPadam
  2. Semoga JDT FC berjaya mengharumkan nama Malaysia bersaing dengan kelab-kelab terbaik Asia yang lain..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa