Nuffnang Ads

Jumaat, 25 September 2015

Bola Sepak : Siapa Bakal Ketua Jurulatih Harimau Malaya?

Kekosongan kerusi panas, Ketua Jurulatih Malaysia kini masih lagi belum diisi selepas Dollah Salleh meletak jawatan ekoran kekalahan besar 0-10 kepada UAE. Kerusi tersebut kini diisi sementara oleh Datuk Ong Kim Swee yang juga merupakan Ketua Jurulatih Harimau Muda A atau pasukan bawah 23 tahun negara. Dengan perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Laos (8 Oktober) serta perlawanan Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Pusingan Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Timor Leste (13 Oktober) kekosongan ini perlu diisi segera bagi memastikan pasukan negara kembali fokus.

Antara calon Ketua Jurulatih yang disebut-sebut bakal mengisi kekosongan tersebut ialah Bojan Hodak (Bekas Ketua Jurulatih Kelantan, JDT FC), Robert Alberts (Bekas Ketua Jurulatih Kedah, Sarawak), George Boateng (Bekas Ketua Jurulatih Kelantan), Datuk Ong Kim Swee serta nama-nama lain dari luar negara. Keputusan siapakan bakal menggalas tugasan tersebut akan diputuskan oleh FAM yang nyata perlu melakukan transformasi serta rombakan segera bagi melihat kelangsungan bola sepak Malaysia. Pada pandangan Bual Sukan, siapa pun yang dilantik sebagai Ketua Jurulatih perlu mencari formula terbaik untuk meningkatkan semula martabat serta imej bola sepak negara selain berusaha memperbaiki semula kedudukan ranking FIFA yang semakin merudum. 

Malaysia sebenarnya mempunyai begitu ramai pemain-pemain berbakat serta berpotensi untuk ditonjolkan di masa akan datang. Dengan komitmen, tahap disiplin serta kesungguhan dan keazaman tinggi, pastinya bola sepak negara mampu kembali bersinar. 

1 ulasan:

  1. Datuk Ong Kim Swee polihan terbaik..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa