Nuffnang Ads

Jumaat, 18 September 2015

Rugby : Nama Gelaran Pasukan Rugbi Piala Dunia 2015

Kejohanan Rugbi Piala Dunia 2015 atau IRB Rugby World Cup 2015 akan berlangsung di England pada 18 September hingga 31 Oktober 2015 akan datang. 20 pasukan akan bersaing merebut gelaran juara dunia edisi kali ini. Kejohanan Rugbi Piala Dunia 2015 ini merupakan kejohanan edisi kali kelapan sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1987. Pasukan New Zealand pastinya akan turun selaku pilihan muncul juara dengan reputasi mereka selaku juara bertahan edisi 2011 yang lalu. Namun begitu, saingan pasukan lain terutamanya pasukan tuan rumah, England, Australia, Afrika Selatan serta Perancis pastinya tidak akan memberi laluan mudah untuk pasukan New Zealand mempertahankan kejuaraan yang mereka miliki.

20 pasukan ini telah dibahagikan kepada 4 Pool di mana setiap Pool mengandungi 5 pasukan dengan pasukan Juara dan Naib Juara setiap Pool akan meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir. Bual Sukan percaya setiap pasukan pastinya akan memberikan aksi terbaik berkelas dunia bagi pasukan masing-masing untuk terus bersaing antara satu sama lain. Setiap pasukan juga pastinya mempunyai kekuatan serta kelebihan masing-masing dengan strategi serta taktikal terancang masing-masing. Berikut adalah Nama Gelaran 20 Pasukan Rugbi Piala Dunia 2015 akan datang :    

POOL A
Australia : Wallabies
England :
Wales :
Fiji : Flying Fijians
Uruguay : Teros

POOL B
South Africa : Springboks
Samoa : Manu Samoa
Scotland :
Japan : The Cherry Blossoms, Brave Blossoms
USA : Eagles

POOL C
Argentina : Los Pumas
New Zealand : All Blacks
Tonga : Ikale Tahi (Sea Eagles)
Georgia : The Lelos/Men of Borjgali 
Namibia : Welwitschias/Biltongboere

POOL D
France : Les Bleus, Les Tricolores, Les XV de Frace
Republic Ireland : 
Italy : Azzuri (Sky Blues)
Canada : Canucks/Maple Leaf
Romania : Stejarii (The Oaks)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa