Nuffnang Ads

Isnin, 26 Oktober 2015

Badminton : Datuk Lee Chong Wei Juara Siri Super Terbuka Perancis 2015

Datuk Lee Chong Wei membuktikan beliau masih lagi mempunyai magis apabila berjaya merangkul gelaran Siri Super Terbuka Perancis 2015. Beliau menewaskan pemain Taiwan yang juga pemain nombor 5 dunia Chou Tien Chen dengan keputusan 2 set 21-13 dan 21-18 dalam pertarungan selama 47 minit. Ini merupakan gelaran ketiga beliau tahun 2015 setelah menjuarai Grand Prix Emas Terbuka Kanada dan Grand Prix Emas Terbuka Amerika Syarikat dan yang pertama dalam BWF Siri Super setelah kembali beraksi selepas penggantungan yang dikenakan kepada beliau. Beliau sebelum ini bergelut dengan prestasi yang tidak menentu dalam beberapa siri super yang disertai oleh beliau.

Kejayaan ini nyata menyuntik semangat Datuk Lee Chong Wei untuk terus mengumpul mata bagi mencerahkan laluan ke Sukan Olimpik 2016 Rio akan datang sekaligus membawa cabaran Jalur Gemilang ke saingan olimpik akan datang. Bual Sukan percaya Datuk Lee Chong Wei mampu melakukan yang terbaik untuk negara. Tahniah diucapkan atas kejayaan Datuk Lee Chong Wei menjuarai Siri Super Terbuka Perancis 2015. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa