Nuffnang Ads

Ahad, 4 Oktober 2015

Bola Sepak : Dick Advocaat Lepas Jawatan Pengurus Sunderland

Dick Advocaat menjadi pengurus pertama kelab Liga Perdana Inggeris 2015/16 atau 2015/16 Barclays Premier League yang melepaskan jawatannya selaku pengurus pasukan Sunderland. Ini berikutan prestasi hambar pasukan The Black Cats selepas 8 perlawanan di mana Sunderland berada di kedudukan ke 19 carta liga dengan 3 mata hasil 3 keputusan seri dan 5 kekalahan yang dicatatkan. Sepanjang 8 perlawanan tersebut, Sunderland telah menjaringkan 8 gol dengan 18 kali dibolosi lawan.

Dengan pelepasan jawatan ini, Sunderland pastinya akan mencari pengganti Pengurus dari Belanda ini bagi meneruskan lagi aksi 30 perlawanan musim ini. Bual Sukan percaya, kemungkinan beberapa lagi Pengurus pasukan akan melepaskan jawatan ataupun dipecat oleh pasukan masing-masing musim ini. Apa pun, perjuangan 20 pasukan ini perlu diteruskan bagi memastikan kelab mereka kekal dalam saingan musim 2016/17 akan datang.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa