Nuffnang Ads

Jumaat, 23 Oktober 2015

Bola Sepak : FIFA Piala Kelab Dunia 2015

Kejohanan FIFA Piala Kelab Dunia 2015 atau 2015 FIFA Club World Cup akan berlangsung pada 10 hingga 20 Disember 2015 akan datang. Edisi kali ke 12 ini akan berlangsung di Jepun melibatkan 6 kelab yang muncul juara Liga Juara-Juara benua masing-masing serta kelab yang menjadi juara liga di negara yang menjadi tuan rumah. Antara pasukan yang telah mengesahkan penyertaan ialah FC Barcelona (Juara Liga Juara-Juara Eropah 2014/15), River Plate (Juara Copa Libertadores 2015), Club America (Juara Liga Juara-Juara CONCACAF 2014/15), TP Mazembe (Juara Liga Juara-Juara Afrika 2015), Guangzhou Evergrande (Juara Liga Juara-Juara Asia AFC) dan Aucland City (Juara Liga Juara-Juara OFC 2014/15) dan Sanfrecce Hiroshima (Juara Liga J 2015).

2 kelab yang menjadi pilihan untuk menjuarai kejohanan edisi kali ini ialah FC Barcelona dan River Plate di mana kedua-dua kelab ini mempunyai pemain-pemain terbaik masing-masing. Namun begitu, saingan kelab-kelab lain pastinya tidak boleh dipandang mudah kerana kejutan boleh berlaku. Bual Sukan menjangkakan saingan kali ini pastinya sengit dan setiap kelab pastinya akan memberikan permainan terbaik masing-masing. Berikut adalah Jadual Perlawanan Kejohanan FIFA Piala Kelab Dunia 2015 akan datang :

Play-off Suku Akhir
10 Disember 2015
Sanfrecce Hiroshima lwn Auckland City

Suku Akhir
13 Disember 2015
Sanfrecce Hiroshima lwn TP Mazembe

Club America lwn Guangzhou Evergrande  

Separuh Akhir
16 Disember 2015
Sanfrecce Hiroshima lwn River Plate

17 Disember 2015
Guangzhou Evergrande lwn FC Barcelona

Penentuan Tempat 5/6
16 Disember 2015
Club America lwn TP Mazembe

Penentuan Tempat 3/4
20 Disember 2015
Kalah Separuh Akhir 1 lwn Kalah Separuh Akhir 2

Perlawanan Akhir
20 Disember 2015
Pemenang Separuh Akhir 1 lwn Pemenang Separuh Akhir 2

* Kemaskini pada 15 Disember 2015.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa