Nuffnang Ads

Khamis, 1 Oktober 2015

Bola Sepak : Harapan Bola Sepak Malaysia

Bola Sepak Malaysia semakin mengecewakan apabila kedudukan ranking FIFA negara semakin merudum apabila berada di tangga ke 171 dunia. Malah negara yang suatu ketika dahulu berada jauh di belakang seperti Filipina, Guam, Timor Leste dan Hong Kong kini berada di kedudukan yang lebih baik berbanding Malaysia. Ini adalah ekoran keputusan yang kurang memberangsangkan dicatat oleh pasukan negara dalam perlawanan persahabatan antarabangsa serta perlawanan pusingan kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia dan Pusingan Kelayakan AFC Piala Asia 2019 UAE. Kemerosotan ini jelas amat mengecewakan peminat-peminat bola sepak negara. Persatuan Bola Sepak Malaysia atau FAM perlu melakukan sesuatu bagi memulihkan imej bola sepak negara. Ini termasuklah melakukan rombakan ke atas persatuan dengan memcari kepimpinan yang mampu memacu bola sepak negara ke persada yang lebih baik.

Namun begitu, lain pula yang disaksikan oleh anak-anak muda di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) atau National Football Development Programme (NFDP) yang nyata memberikan sinar harapan kepada masa depan bola sepak Malaysia. Di bawah kendalian Lim Teong Kim yang juga merupakan bekas pemain kebangsaan, jurulatih remaja FC Bayern Munich dan pemain kelab Hertha Berlin serta jurulatih-jurulatih lain, pasukan ini menunjukkan banyak peningkatan yang sangat membanggakan. Mereka mampu bersaing dengan kelab-kelab elit eropah di peringkat umur mereka dan tidak mustahil misi melayakkan diri ke FIFA Piala Dunia Remaja bawah 19 Tahun mampu direalisasikan oleh pasukan muda ini. Namun begitu, Bual Sukan percaya perjalanan masih jauh. Dengan kepakaran serta kewibawaan Lim Teong Kim serta barisan kejurulatihannya mampu memberi harapan kepada pasukan Malaysia. Perjuangan masih belum selesai dan harus diselesaikan peringkat demi peringkat bagi memastikan bola sepak Malaysia kembali bersinar. 

1 ulasan:

  1. Kalau betul pelan serta perancangan program nie pasti kita akan dapat hasil yg terbaik dan membanggakan..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa