Nuffnang Ads

Jumaat, 2 Oktober 2015

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia Zon CONMEBOL

Perlawanan Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia Zon CONMEBOL akan bermula pada 8 Oktober 2015 hingga 10 November 2017 melibatkan 10 negara. 4 pasukan yang berada di kedudukan teratas kumpulan kelayakan akan layak secara automatik ke Pusingan Akhir FIFA Piala Dunia 2018 Russia akan datang manakala pasukan yang berasa di kedudukan kelima kumpulan akan beraksi dalam pusingan playoff antarabenua bagi menentukan pasukan yang bakal beraksi kelak. 10 negara ini adalah Argentina, Bolivia, Brazil, Chile, Colombia, Ecuador, Paraguay, Peru, Uruguay dan Venezuela masing-masing akan beraksi 18 perlawanan iaitu 9 di gelanggang sendiri manakala 9 lagi di gelanggang lawan. 

Saingan melayakkan diri ke pusingan akhir ini pastinya berlangsung sengit dengan pasukan yang berjaya memanfaatkan peluang dan ruang mencipta jaringan pastinya akan mencatatkan keputusan yang cemerlang. Pasukan pilihan utama pastilah Argentina, Brazil, Chile, Colombia, Ecuador dan Uruguay manakala 4 pasukan lain iaitu Bolivia, Paraguay, Peru dan Venezuela juga mampu melakar kejutan. Bual Sukan menjangkakan setiap perlawanan pastinya sengit dan tidak mustahil pasukan pilihan dikejutkan pada pusingan kelayakan kali ini. Berikut adalah Jadual Perlawanan Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia Zon CONMEBOL akan datang :
PERLAWANAN 1
8 Oktober 2015
Bolivia lwn Uruguay
Colombia lwn Peru
Venezuela lwn Paraguay
Chile lwn Brazil
Argentina lwn Ecuador

PERLAWANAN 2
13 Oktober 2015
Ecuador lwn Bolivia
Uruguay lwn Colombia
Paraguay lwn Argentina
Brazil lwn Venezuela  
Peru lwn Chile

PERLAWANAN 3
12 November 2015
Chile lwn Colombia
Argentina lwn Brazil
Ecuador lwn Uruguay
Bolivia lwn Venezuela
Paraguay lwn Peru

PERLAWANAN 4
17 November 2015
Colombia lwn Argentina
Paraguay lwn Bolivia
Brazil lwn Peru
Venezuela lwn Ecuador
Uruguay lwn Chile

* Akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
** Jadual tertakluk kepada pindaan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa