Nuffnang Ads

Sabtu, 17 Oktober 2015

Bola Sepak : Johor Darul Ta'zim FC ke Perlawanan Akhir Piala AFC 2015

Wakil negara ke saingan Separuh Akhir Piala AFC 2015, JDT FC mencatatkan sejarah gemilang apabila berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala AFC 2015 akan datang. Pasukan Harimau Selatan ini bakal bertemu dengan kelab Tajikistan iaitu FC Istiklol yang juga berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala AFC 2015. Ini adalah ekoran daripada campurtangan kerajaan yang menyebabkan FIFA menggantung sementara bola sepak Kuwait seterusnya menjejaskan penyertaan 2 kelab mereka iaitu Al-Qadsia dan Al-Kuwaiti dalam separuh akhir Piala AFC 2015. Pada Separuh Akhir pertama yang berlangsung di Kuwait pada 29 September 2015 yang lalu, pasukan JDT FC tewas 1-3 kepada Al-Qadsia dan sepatutnya bermain pada Separuh Akhir Kedua yang dijadualkan berlangsung pada 20 Oktober 2015 ini di Malaysia. 

Perlawanan akhir dijadualkan berlangsung pada 31 Oktober 2015 akan datang. Tahniah Bual Sukan ucapkan kepada pasukan JDT FC atas kejayaan mara ke perlawanan akhir Piala AFC 2015 seterusnya berjaya mewngharumkan nama pasukan Malaysia di peringkat Asia. Semoga berjaya pada perlawanan akhir akan datang.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa