Nuffnang Ads

Selasa, 27 Oktober 2015

Bola Sepak : Johor Darul Ta'zim FC Mampu Lakar Sejarah

Wakil Malaysia ke Perlawanan Akhir Piala AFC 2015, Johor Darul Ta'zim FC atau nama gelaran mereka Harimau Selatan mampu melakar sejarah gemilang buat pasukan mereka amnya dan negara umumnya dalam pertemuan bertemu wakil Tajikistan, FC Istiklol pada 31 Oktober 2015 di Stadium Pamir, Dushanbe, Tajikistan. Pasukan JDT FC di bawah bimbingan Ketua Jurulatih Argentina, Mario Gomez pasminya mempunyai perancangan taktikal serta strategi terbaik untuk mencari gol serta mempertahankan kubu daripada dibolosi lawan. FC Istiklol pula pastinya akan menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri selain mendapat sokongan padu penyokong-penyokong mereka.

Bual Sukan percaya, pasukan Harimau Selatan mampu untuk memberi saingan terbaik seterusnya melakar sejarah tersendiri buat kelab Malaysia. Dengan barisan pemain yang terbaik yang bakal beraksi kelak, tidak mustahil sesuatu mampu dilakukan oleh JDT FC dalam perlawanan akhir Piala AFC 2015 akan datang. Semoga berjaya buat pasukan JDT FC dalam perlawanan bertemu FC Istiklol. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa