Nuffnang Ads

Jumaat, 9 Oktober 2015

Bola Sepak : Jurgen Klopp Pengurus Baru Liverpool

Teka-teki siapakah yang bakal menguruskan pasukan Liverpool terjawab apabila pasukan Liverpool telah menandatangani bekas pengurus Borussia Dortmund dari Jerman iaitu Jurgen Klopp sebagai Pengurus baru kelab The Reds menggantikan Brendan Rodgers yang telah dipecat baru-baru ini. Jurgen Klopp pastinya hadir dengan reputasi tinggi bagi mengembalikan semula kegemilangan serta taring pasukan Liverpool dalam saingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris 2015/16, Piala Liga Inggeris 2015/16, Piala FA England 2015/16 serta saingan Piala Liga Europa 2015/16. 

Perlawanan pertama Klopp bersama Liverpool adalah bertemu dengan Tottenham Hotspur pada 17 Oktober 2015 akan datang. Klopp sebelum ini berjaya membawa pasukan Dortmund muncul juara Bundesliga Jerman sebanyak 2 kali berturut-turut iaitu pada musim 2010/11 serta 2011/12 selain muncul naib juara Liga Juara-Juara Eropah musim 2012/13. Bual Sukan percaya beliau mampu melakukan sesuatu untuk pasukan Liverpool serta mengembalikan semula kegemilangan pasukan The Reds suatu ketika dahulu. Namun begitu, tugas yang digalas ini dijangka sukar dengan pasukan-pasukan lain juga pastinya akan memberikan saingan hebat antara satu sama lain. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa