Nuffnang Ads

Khamis, 8 Oktober 2015

Bola Sepak : Malaysia 3 - Laos 1

Kemenangan yang dicari-cari oleh pasukan Harimau Malaya akhirnya ditemui apabila pasukan negara berjaya membenam cabaran hebat pasukan Laos dengan keputusan 3-1. Ini merupakan perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa sebagai persediaan pasukan negara berdepan cabaran pasukan Timor Leste pada 13 Oktober 2015 akan datang iaitu perlawanan kelima Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia dan Pusingan Kelayakan AFC Piala Asia 2019 UAE. Ini juga merupakan perlawanan kedua Datuk Ong Kim Swee setelah mengambilalih jawatan selaku Ketua Jurulatih sementara pasukan Harimau Malaya.

Gol-gol pasukan Harimau Malaya dijaringkan oleh Christie Jayaseelan (2 Gol) serta Azamuddin Akil manakala gol tunggal Laos dijaringkan oleh Sitthideth Khanthavong menerusi sepakan penalti. Pasukan Harimau Malaya sepatutnya boleh menjaringkan lebih banyak gol namun deretan peluang gagal dimanfaatkan oleh pasukan negara termasuk sepakan penalti Safee Sali yang tersasar. Bual Sukan percaya, Datuk Ong Kim Swee akan menggunakan pengalaman serta kemampuan beliau untuk menyusun strategi serta taktikal dalam perlawanan bertemu Timor Leste. Timor Leste sebelum itu berjaya mengikat Palestin 1-1 dalam perlawanan Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia dan Pusingan Kelayakan AFC Piala Asia 2019 UAE. Cabaran pasukan Timor Leste pastinya sukar namun pasukan negara harus meneruskan momentum terbaik bagi mencapai keputusan yang terbaik. 

Malaysia 3 - Christie Jayaseelan (Minit 50 & 90+2), Azamuddin Akil (Minit 53)

Laos 1 (Sitthideth Khanthavong Penalti (Minit 82)  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa