Nuffnang Ads

Selasa, 6 Oktober 2015

Bola Sepak : Malaysia lawan Laos

Pasukan Harimau Malaya di bawah kendalian Ketua Jurulaih sementara, Datuk Ong Kim Swee bakal menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu pasukan Laos di Bangkok, Thailand pada 8 Oktober 2015 akan datang. Ini merupakan perlawanan kedua Datuk Ong Kim Swee setelah mengambilalih jawatan Ketua Jurulatih sementara ekoran pengunduran Dollah Salleh. Dalam perlawanan pertama beliau, pasukan negara tewas 1-2 kepada Arab Saudi dalam perlawanan yang terhenti pada minit ke 88 perlawanan ekoran manifestasi kekecewaan penyokong bola sepak Malaysia terhadap FAM yang dilihat gagal meningkatkan kemajuan bola sepak negara.
Dengan kedudukan ranking FIFA pasukan negara yang semakin merudum iaitu di tangga ke 171 dunia, Datuk Ong Kim Swee pastinya mempunyai percaturan terbaik untuk meningkatkan semula martabat bola sepak negara. Bertemu pasukan Laos yang kini dibimbing oleh bekas Ketua Jurulatih Kelantan, Perak dan Johor iaitu Steve Darby pastinya pasukan negara akan menggunakan kesempatan ini untuk mencapai keputusan yang baik. Namun begitu, pasukan Laos atau nama gelaran mereka Thim Xad (The National Team) yang kini berada di kedudukan 179 dunia pastinya tidak boleh dipandang mudah oleh pasukan Harimau Malaya. Steve Darby pastinya mempunyai perancangan tersendiri apatah lagi pengalaman beliau melatih pasukan di Malaysia.

Bual Sukan percaya, perlawanan persahabatan antarabangsa ini akan digunakan sebaik mungkin oleh Datuk Ong Kim Swee serta pemain-pemain Harimau Malaya untuk menaikkan semula semangat bola sepak Malaysia sebelum menghadapi perlawanan Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia dan Pusingan Kelayakan AFC Piala Asia 2019 UAE bertemu pasukan Timor Leste pada 13 Oktober 2015 akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa