Nuffnang Ads

Rabu, 7 Oktober 2015

Bola Sepak : Malaysia lawan Timor Leste

Pasukan Harimau Malaya di bawah kendalian Ketua Jurulatih sementara, Datuk Ong Kim Swee akan bertemu dengan pasukan Timor Leste pada 13 Oktober 2015 akan datang di Dili, Timor Leste. Ini merupakan perlawanan kelima pasukan Malaysia dalam Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia dan Pusingan Kelayakan AFC Piala Asia 2019 UAE. Pasukan negara kini hanya memperoleh 1 mata daripada 4 perlawanan sebelum ini hasil keputusan seri di gelanggang sendiri dengan pasukan Timor Leste. Pasukan negara kini berada di kedudukan ke 171 ranking FIFA manakala pasukan Timor Leste pula di tangga ke 170 dunia.
Pasukan Timor Leste di bawah bimbingan Ketua Jurulatih dari Itali iaitu Luciano Foschi pastinya tidak akan memberikan laluan mudah untuk pasukan negara mencatat kemenangan. Cabaran pasukan Timor Leste atau nama gelaran mereka O Sol Nescente (The Rising Sun) atau The Little Samba Nation tidak boleh di pandang mudah apatah lagi mereka mempunyai ramai pemain naturalisasi yang berkelana di Liga Brazil, Liga sekitar Eropah serta Liga-Liga Asia yang lain. Mereka pastinya akan menggunakan kesempatan beraksi di gelanggang sendiri untuk membenam cabaran pasukan negara. Namun begitu, Bual Sukan percaya dengan kemampuan serta percaturan Datuk Ong Kim Swee mampu memberikan keputusan yang baik untuk pasukan negara. Peluang untuk beraksi di pusingan seterusnya dilihat semakin sukar. Namun kemenangan mampu meningkatkan semula moral serta prestasi bola sepak negara yang semakin merudum sejak kebelakangan ini. Selamat berjuang Harimau Malaya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa