Nuffnang Ads

Isnin, 12 Oktober 2015

Bola Sepak : Pasukan ke Pusingan Akhir UEFA Euro 2016 France

Kejohanan berprestij antara negara-negara Eropah iaitu Piala Negara-Negara Eropah 2016 atau UEFA Euro 2016 akan berlangsung di Perancis pada 10 Jun hingga 10 Julai 2016 akan datang. Jika kejohanan UEFA Euro sebelum ini menyaksikan 16 negara bersaing, pada kali ini sebanyak 24 negara akan bersaing merebut kejuaraan edisi kali ke 15 ini. Perancis selaku tuan rumah layak secara automatik manakala 53 buah negara lain bersaing dalam pusingan kelayakan merebut 23 tempat ke saingan akhir UEFA Euro 2016 akan datang. 19 negara terdiri daripada juara serta naib juara kumpulan layak secara automatik bersama-sama dengan negara terbaik di tangga ketiga pusingan kelayakan. 8 negara yang menamatkan saingan pusingan kelayakan di tangga ketiga akan bersaing merebut 4 lagi tempat ke saingan akhir nanti dalam saingan playoff yang dijadualkan berlangsung pada 12 hingga 17 November 2015 akan datang. 

Saingan kali ini menyaksikan 5 negara akan membuat penampilan pertama di pentas eropah iaitu Iceland, Wales, Ireland Utara, Slovakia dan Albania. Berikut adalah pasukan yang telah layak untuk beraksi pada saingan UEFA Euro 2016 France akan datang :
Perancis (Tuan Rumah)

Republik Czech (Kumpulan A)
Iceland (Kumpulan A)
Turki (Kumpulan A) - Pasukan Terbaik Tangga Ketiga

Belgium (Kumpulan B)
Wales (Kumpulan B)

Jerman (Kumpulan C)
Poland (Kumpulan C)

Sepanyol (Kumpulan D)
Slovakia (Kumpulan D)

England (Kumpulan E)
Switzerland (Kumpulan E)

Ireland Utara (Kumpulan F)
Romania (Kumpulan F)

Austria (Kumpulan G)
Russia (Kumpulan G)

Itali (Kumpulan H)
Croatia (Kumpulan H)

Portugal (Kumpulan I)
Albania (Kumpulan I)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa