Nuffnang Ads

Rabu, 14 Oktober 2015

Bola Sepak : Pasukan ke Saingan Play-offs UEFA EURO 2016 France

Perlawanan Pusingan Kelayakan peringkat kumpulan Piala Negara-Negara Eropah 2016 Perancis atau UEFA Euro 2016 France telah pun berakhir. 19 pasukan terdiri daripada juara dan naib juara kumpulan serta pasukan terbaik di tangga ketiga layak secara automatik mengiringi pasukan Perancis selaku tuan rumah kejohanan edisi ke 15 ini. Baki 4 lagi pasukan bakal ditentukan oleh 8 pasukan dalam saingan play-offs yang dijadualkan berlangsung pada 12 hingga 17 November 2015 akan datang dalam perlawanan secara timbal balik. Undian play-offs ini akan diadakan pada 18 Oktober 2015 di ibu pejabat UEFA iaitu di Nyon, Switzerland. 8 Pasukan yang akan bersaing dalam saingan play-offs ini ialah Bosnia and Herzegovina, Ukraine, Republik Ireland, Slovenia, Hungary, Sweden, Norway dan Denmark.
Bual Sukan percaya, kelapan-lapan pasukan ini mempunyai peluang yang seimbang untuk beraksi pada pusingan akhir UEFA Euro 2016 France akan datang. Setiap pasukan ini mempunyai kekuatan serta kelebihan masing-masing di mana pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap ruang dan peluang menjaringkan gol pasti akan berjaya.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa