Nuffnang Ads

Khamis, 22 Oktober 2015

Bola Sepak : Perlawanan Akhir AFC Liga Juara-Juara Asia 2015

AFC Liga Juara-Juara Asia 2015 atau AFC Champions League 2015 semakin menuju ke saingan kemuncaknya dengan 2 kelab iaitu Al-Ahli dari UAE dan Guangzhou Evergrande FC dari China bakal bertemu pada perlawanan akhir yang akan diadakan secara timbal balik. Perlawanan Akhir Pusingan Pertama akan diadakan pada 7 November 2015 di Stadium Al-Rashid, Dubai, UAE manakaa Perlawanan Akhir Pusingan Kedua pula akan berlangsung di Stadium Tianhe, Guangzhou, China pada 21 November 2015. Pemenang ditentukan melalui keputusan agregat, kelebihan gol di tempat lawan ataupun penentuan sepakan penalti. Pasukan yang merangkul kejuaraan akan mewakili pasukan Zon AFC ke saingan Piala Kelab Dunia 2015 di Jepun pada Disember 2015 akan datang.  

Kedua-dua pasukan ini berjaya melangkah ke perlawanan akhir hasil kemenangan tipis agregat ke atas lawan masing-masing. Al-Ahli menewaskan kelab Arab Saudi Al-Hilal degan kelebihan agregat 4-3 manakala Guangzhou Evergrande FC pula menewaskan kelab Gamba Osaka dari Jepun dengan agregat 2-1. Pasukan Al-Ahli yang dibimbing oleh Pengurus Romania, Cosmin Olaroui pastinya akan memanfaatkan aksi pertama di gelanggang sendiri dengan mencari bekalan gol yang selesa sebelum bertandang ke gelanggang lawan. Namun saingan Guangzhou Evergrande FC yang dibimbing oleh Pengurus berpengalaman dari Brazil, Luis Felipe Scolari pastinya mempunyai perancangan strategi dan taktikal bagi mencapai keputusan terbaik di gelanggang lawan dan membawa bekalan selesa dalam perlawanan kedua di gelanggang sendiri. 

Bual Sukan percaya, kedua-dua pasukan ini mempunyai peluang yang seimbang dan tidak mustahil perlawanan bakal berlarutan ke aksi yang dramatik. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang dan ruang menjaringkan gol pastinya mempunyai kelebihan dan peluang untuk muncul juara edisi 2015 kali ini. Semoga peminat bola sepak dapat menyaksikan saingan perlawanan akhir yang berkualiti daripada kedua-dua pasukan ini. 

PERLAWANAN AKHIR PERTAMA : 7 NOVEMBER 2015
Al-Ahli (UAE) lwn Guangzhou Evergrande FC (China)
Keputusan : 0-0

PERLAWANAN AKHIR KEDUA : 21 NOVEMBER 2015
Guangzhou Evergrande FC (China) lwn Al-Ahli (UAE)

* Kemaskini pada 20 November 2015.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa