Nuffnang Ads

Ahad, 18 Oktober 2015

Bola Sepak : Perlawanan Akhir Piala AFC 2015

Perlawanan Akhir Piala AFC 2015 bakal menemukan kelab Malaysia Johor Darul Ta'zim FC (JDT FC) bertemu dengan kelab Tajikistan iaitu FC Istiklol. Kedua-dua pasukan ini melangkah ke perlawanan akhir ekoran penggantungan Persatuan Bola Sepak Kuwait atau Kuwait FA oleh FIFA yang menyebabkan kedua-dua kelab daripada Kuwait iaitu Al-Qadsia dan Al-Kuwaiti tidak lagi dibenarkan bertanding pada perlawanan separuh akhir kedua. Perlawanan akhir Piala AFC 2015 dijadualkan berlangsung pada 31 Oktober 2015 (Sabtu) di Stadium Pamir, Dushanbe, Tajikistan. Pada Separuh Akhir Pertama yang lalu, kedua-dua kelab ini tewas di kepada lawan masing-masing di mana JDT FC tewas 1-3 kepada Al-Qadsia manakala FC Istiklol tewas 0-4 kepada kelab Al-Kuwaiti. Kedua-dua perlawanan ini berlangsung di Kuwait dan Perlawanan Separuh Akhir Kedua dijadualkan berlangsung pada 20 dan 21 Oktober 2015 akan datang. Namun penggantungan yang dikenakan FIFA menyebabkan perlawanan tersebut dibatalkan dan pasukan JDT FC dan FC Istiklol disahkan mara ke perlawanan akhir. 

Kedua-dua pasukan ini pastinya akan memanfaatkan aksi perlawanan akhir ini dengan memberikan persembahyan bertenaga sekaligus merangkul kejuaraan berprestij untuk kelab masing-masing. Kelebihan pastinya dilihat berpihak kepada pasukan tuan rumah FC Istiklol. Namun begitu, Bual Sukan percaya kelab negara, JDT FC atau nama gelaran mereka Harimau Selatan mampu melakar kejutan dengan merangkul kejuaraan Piala AFC 2015 ini seterusnya membanggakan bola sepak negara yang semakin merosot sejak kebelakangan ini. 

Pasukan FC Istiklol dibimbing oleh Pengurus berpengalaman Mubin Ergashevyang berjaya membawa pasukannya merangkul kejuaraan Liga Utama Tajikistan. JDT FC pula dibimbing oleh Ketua Jurulatih Argentina iaitu Mario Gomez turut berjaya membawa pasukan JDT FC muncul juara Liga Suer Malaysia 2015. Bual Sukan percaya, peminat-peminat kedua-dua pasukan pastinya akan menyaksikan perlawanan akhir yang hebat dengan aksi terbaik kedua-dua pasukan. Selamat Berjuang Bual Sukan ucapkan kepada JDT FC dalam perlawanan akhir Piala AFC 2015 akan datang. Semoga kejayaan milik kelab Malaysia. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa