Nuffnang Ads

Sabtu, 3 Oktober 2015

Bola Sepak : Saingan TM Piala Malaysia 2015 Terjejas

Saingan TM Piala Malaysia 2015 telah memasuki pusingan kedua di mana setiap pasukan berusaha mencapai keputusan terbaik bagi mencerahkan laluan ke peringkat suku akhir. Namun begitu, beberapa perlawanan terpaksa ditunda akibat keadaan berjerebu yang melanda negara. Penangguhan ini berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang direkodkan berada di tahap yang tidak sihat dan tidak sesuai untuk melakukan aktiviti luar. Keadaan jerebu ini juga boleh menjejaskan tahap kesihatan pemain serta penyokong masing-masing. Banyak juga aktiviti sukan lain yang telah dirancang dilaksanakan terpaksa ditangguhkan dan dibatalkan akibat keadaan ini.

Bual Sukan percaya, pihak bertanggungjawab pastinya akan membuat keputusan dalam masa terdekat dengan menyusun semula jadual perlawanan TM Piala Malaysia 2015 akan datang. Penyusunan semula jadual perlawanan ini pastinya memerlukan setiap pasukan kekal fokus dan sentiasa bersedia menghadapi jadual perlawanan yang disusun semula. Apapun Bual Sukan ingin mengucapkan selamat bersaing dan maju jaya kepada semua pasukan yang beraksi dalam saingan TM Piala Malaysia 2015 ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa