Nuffnang Ads

Sabtu, 10 Oktober 2015

Bola Sepak : Sam Allardyce Pengurus Baru Sunderland

Sam Allardyce atau Big Sam dilantik sebagai pengurus baru pasukan Sunderland menggantikan Dick Advocaat yang melepaskan jawatannya minggu lalu. Beliau pernah melatih beberapa kelab Liga Perdana Inggeris antaranya Bolton Wanderers, Newcastle United, Blackburn Rovers dan yang terakhir West Ham United. Sunderland atau nama gelaran mereka The Black Cats kini terperosok di tangga ke 19 liga setelah sekadar memperoleh 3 mata daripada 8 perlawanan pertama musim ini. 

Big Sam bakal berdepan tugasan sukar untuk mengembalikan serta meningkatkan semula kedudukan carta liga selain mengelakkan pasukan tersingkir ke saingan Liga Kejuaraan 2016/17 akan datang. Bual Sukan percaya beliau akan menggunakan segala kepakaran serta pengalaman beliau untuk memberikan semula sinar kepada pasukan Sunderland. Tugasan pertama beliau adalah perlawanan berdepan pasukan West Bromwich Albion di gelanggang lawan selain menyusun semula pasukan The Black Cats. Dengan perlawanan Liga masih berbaki 30 perlawanan, tidak mustahil pasukan Sunderland mampu bangkit semula musim ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa